Impian nak jadi housewife

P1020015

Assalamualaikum semuanya.. Ya Allah lama benor tak update story. setahun jugerr ler. bapak ah. Harini  pulak tetibe cacat nak update sebab dah terlalu pisang kat office takde kerja. Pisang sampai dah berbuah berkali-kali! Siap boleh jual…eh. Jomlah kite update kejap ape yang dah berlaku sepanjang tiada kewujudan ku di blog yang sepi ini..

Haa..ni bukan nak update pasal Alif aziz eh..Hal diorang lantak lah yang penting kite kena jadikan iktibor jelah yer. Ok berdasarkan previous post ku, banyak citer pasal aktiviti outdoor je. bosan gile. KAHKAH! tapi zaman aku aktif terkangkang tergeliat menggelejat mengelinjang semua tu dah berlalu..dah berkubur,,tapi memori dia tak pernah mereput! sebab manihhhh sangat! hihi..

Disebabkan nak kahwin hujung tahun 2016, jadi slow2 lah aku tinggalkan aktiviti running and hiking. Yelaa kan nak jadi bini orang so batas2 pon kena jaga dah. Mane boleh campur2 dengan geng hiking sebab jantan2 semuanya. Darah manehhhhh tak boleh terdedah bahaya2 nih. hahaha.. nak join running pun tak dan. Memang sedih dan kemurungan lagi2 pakwe tak restu. KAH! Takpa la takpa la nak buat macam mana kan.. So lepas kahwin bulan 12/2016, maka terputuih lah hubungan aku dengan geng2 hiking. thanks for the memories guys. Rasanya lepas kahwin pun takde masa nak panjat2 gunung. So jangan berangan…

Ha nak citer pasal kahwin pulak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun masing2 punya budget ciput je, tapi Allah bantu. Serius tak sangka pulak cukup duit. Hihi..Dan tak sangka lagi dapat kahwin dengan crush. Nasib baiklah cintaku tak bertepuk sebelah tangan. HAHA! berapa bulan je ambil masa  untuk kenal lepas tu terus plan tunang and kahwin. Sebelum kenal suami, aku hampir nak kahwin dengan lelaki yang aku tak cinta. (geli pulak sebut cinta2 neh). Memang tak syok beb! Yang mak pulak suruh teruskan sebab yang penting dia suka aku. OH NO MA! nevurrrrr!! Bagi aku, nak kahwin, kena suka sama suka. Orang kata, ‘kahwin lah dengan orang yang benar2 suka kita walaupun kita tak suka dia sangat, nanti lama2 suka la’.. TAK TAK. for me, before kahwin kena suka sama suka jugak! baru ada feeeeel gittu..Zaman dulu boleh lah kalau nak bercinta lepas kahwin. Zaman sekarang ni berapa % je yang jadi. 🙂

Okay masuk tahun 2017, dah sebulan lebih kahwin, alhamdulillah disahkan pregnent. Still lagi kerja di office. Macam2 dugaan datang. Hal morning sicknessnya, hal kerja officenya, hal family nya.. Sampai hampir2 nak diberhentikan kerja pun ada! Tapi alhamdulillah sampai sekarang masih kerja. Sehinggalah ke hari ini! hari paling pisang di dunia sampai membuatkan aku rasa nak berhenti kerja and jadi fulltime housewife! Lagi2 perut dah semakin membesar ni dia punya malas tu nauzubillah!

Tak tahu lah kenapa aku rasa dah takde mood nak kerja sebagai designer. Malas nak buat design dah. Aku terus ambil buku nota lepastu buat note kalau aku berhenti kerja, aku nak buat apa.. konon2 planning masa depan la gitu. Antaranya, selain nak jadi housewife berjaya, aku nak jugak ada bisnes dari rumah. Sama ada jadi agent / dropship apa2 product, bisnes bakery, amik upah jahit baju, bisnes tudung jenama sendiri atau bukak cafe / butik vendor. hihihii..Doa2 lah salah satunya termakbul. amin..

Buat masa ni, kita just go with the flow jelah. Takkan tengah sarat ni aku nak resign pulak. Bersalin nanti nak pakai banyak duit. Kita tengok jelah lepas habis pantang nanti. Kalau mood kerja masih ada, aku continue. Kalau dah malas, aku resign and mengangkang lah aku kat rumah dengan baby. bhahahhahahah. Sekarang ni tengah sarat nak masuk 8 bulan, orang kata bila2 masa je boleh bersalin. Ya Allah takutnya. Minta2 Allah panjangkan umur aku.Amin..

So itu jelah kot yang nak di update. Terima kasih sudi singgah and baca sampai habis. (perasan sangat!). Assalamualaikum! Adioss!

*sesungguhnya ajal maut di tangan Allah. manusia hanya mampu berserah.

 

 

 

Leave a comment